Filem PE3 Arahan Farid Kamil Cetus Kontroversi Dengan Pekida

Hiburan

Filem PE3 Arahan Farid Kamil Cetus Kontroversi Dengan Pekida

Masihkah anda ingat kontroversi yang timbul antara Pekida dan Syamsul Yusof mengenai filem KL Gangster? Abang Nara ingatkan kontroversi sebegitu tidak akan muncul lagi, namun filem PE3 arahan Farid Kamil dikatakan mempersenda Pekida kerana menggunakan logo angka 3 warna dan slogan yang hampir sama.

filem pe3 farid kamilDatuk Roslan Dahaman yang merupakan Pengerusi Pekida telah berkata kepada Harian Metro hari ini:-

Advertisement

Banyak lagi nombor yang boleh digunakan, mengapa guna logo angka tiga… Tidak perlu guna angka yang boleh mengundang keraguan orang ramai. Apapun alasan mereka, warna utama yang digunakan sebagai logo filem itu mempunyai 100% persamaan dengan Pekida. Mengapa perlu guna warna pertubuhan ini atau warna yang boleh menjadi kontroversi. Banyak lagi warna yang ada… Tak perlu guna elemen yang membawa kepada pelbagai polemik. Sudahlah guna warna seakan pertubuhan ini.. slogan filem “Bapak segala gangster” juga mengundang pelbagai keraguan. Adakah mereka ingin memberi gambaran buruk kepada pertubuhan Pekida?

filem pe3 farid kamilAbang Nara menyokong Farid Kamil yang berkata soal warna pada logo filem itu sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana ia adalah warna sekunder yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Susahlah kalau warna merah pun tak boleh digunakan. Tak ke gitu? Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...