Filem Paskal Raih RM7.5 Juta Dalam 4 Hari Tayangan

Hiburan

Filem Paskal Raih RM7.5 Juta Dalam 4 Hari Tayangan

Kemeriahan dan sambutan hangat filem Malaysia kian membara apabila filem terbaru PASKAL The Movie mencatat kejayaan yang membanggakan apabila berjaya meraih kutipan mencecah RM 7.5 juta dalam empat hari tayangan.

Advertisement

Pada awalnya ada dikalangan penonton yang agak skeptikal adakah filem berunsurkan ketenteraan ini mempunyai jalan cerita serta aksi yang menarik, namun selepas mereka menonton filem berkenaan, rata-rata memberikan respon yang sangat positif.

Filem tersebut diinspirasikan daripada kisah sebenar operasi yang pernah dijalankanoleh  Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diarahkan oleh Adrian Teh, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Sumber Berita & Foto : Astro Shaw

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...