Filem One Two Jaga Menang Pengarah Terbaik Dan Pelakon Pembantu Terbaik AIFFA 2019

Hiburan

Filem One Two Jaga Menang Pengarah Terbaik Dan Pelakon Pembantu Terbaik AIFFA 2019

Baru sahaja menang besar pada malam Festival Filem Malaysia 30 (FFM 30) lalu, filem Crossroad : One Two Jaga melakar lagi kejayaan cemerlang apabila berjaya merangkul dua anugerah iaitu Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang berlangsung semalam di Kuching, Sarawak.

Advertisement

Nam Ron dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik, manakala pelakon berbakat Amerul Affendi sebagai Pelakon Pembantu Terbaik.

Memaparkan sisi gelap segelintir individu dalam dunia polis yang mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah,karya hebat ini diakui mempunyai mesej tersirat yang cukup mendalam maksudnya selain berani  mendedahkan kezaliman realiti.

Malah, barisan pelakon seperti Bront Palarae, Vanidah Imran, Zahiril Adzim dan semua pelakon yang menjayakan filem ini bertaraf Gred A.

Tahniah kepada pemenang dan semua yang terlibat dalam menjayakan filem Crossroad : One Two Jaga, harapnya ia menjadi pembakar semangat untuk mereka menghasilkan lagi karya yang lebih mantap dan berkualiti.

Sumber Berita : Astro Awani

Kredit Foto : Bernama Radio Official

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...