Baru sahaja menang besar pada malam Festival Filem Malaysia 30 (FFM 30) lalu, filem Crossroad : One Two Jaga melakar lagi kejayaan cemerlang apabila berjaya merangkul dua anugerah iaitu Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang berlangsung semalam di Kuching, Sarawak.
Nam Ron dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik, manakala pelakon berbakat Amerul Affendi sebagai Pelakon Pembantu Terbaik.
Memaparkan sisi gelap segelintir individu dalam dunia polis yang mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah,karya hebat ini diakui mempunyai mesej tersirat yang cukup mendalam maksudnya selain berani mendedahkan kezaliman realiti.
Malah, barisan pelakon seperti Bront Palarae, Vanidah Imran, Zahiril Adzim dan semua pelakon yang menjayakan filem ini bertaraf Gred A.
Tahniah kepada pemenang dan semua yang terlibat dalam menjayakan filem Crossroad : One Two Jaga, harapnya ia menjadi pembakar semangat untuk mereka menghasilkan lagi karya yang lebih mantap dan berkualiti.
Kredit Foto : Bernama Radio Official
Sapa ada upload kat fb?
Sape2 yang belum tgk filem ni bleh tgk dekat netflix..
Tahniah. Crita berat atau tema yg jarang penerbit malas nk sapot sangat. De rmai pengarah cita2 nk wat crita mcm ni tp kewangan xde n x ramai org tgk or ttarik. Penerbit besar mcm Astro shaw kjar crita org dh suka n mainstream. Tgkla smpi Skop Production n Boboiboy (asal tv3) pn kjasama dgn Astro. Klu crita Aziz M Osman Xx Ray 3 mst meletop crita tu sbb filem crita trbitan Astro mst dbuat dgn teliti. Nnt tgk crita zul arifin dgn remy ishak trbitan Astro psal Mma ok ke.
Tahniah Amerul Affendi sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA). Masih ingat tak kata2 negative seorg produser terkenal tentang rupa & bakat ( dia dpt apa takde apa2)…kata2 ini menjadi pembakar & peransang ya bukan rupa membawa kejayaan tapi bakat….alhamdulillah..
dia mmg layak. ko bg la watak apa pon..selamba jer dia tapau. good job bro.
Tahniah buat Nam Ron dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik & Pelakon Pembantu Terbaik
Amerul Affendi di majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) kejayaan tu membuka mata pd pihak yg memilih BULU dalam bidang seni…kata negative mereka membawa peransang bahawa rupa tidak bolih mengawali bakat..Alhamdulillah
tapi kurang sambutan..still orang nak tengok rupa..sadis..
Bukan masalah rupa. Marketing kurang…. kau tgok munafik paskal semua marketing mcm mana. Trailer je da gempak
Amerul nie jugak yg berlakon dalam pascal kan. Dah byk tgk lakonan dia jadi jahat mmg real. Keep it up!
cerita ni mmg best!walaupon muka2 yg aku kenal setakat bront,zahiril,vanida,amerul (tau muka je),tp cte ni mmg best!tahniah guys!!
Aikk company A Aida xmenang apa ke?
Tercalon pon idokk
Kahkah
tahniah!
maaf nak tanya, ni luar skop tp masih dm skop filem tempatan.
sbb dah try google pon takde pencerahan.
baru sempat tonton misteri delaila kat astro.
ada sapa2 yg budiman x blh xplain ending filem tu.
tak paham la. versi 1 dan versi 2.
maaf la sy tak pandai nak tafsir2 tersurat tersirat bagai tp jenuh dok memikior ape ending filem tu sebenarnya? versi 2 lg confuse…huhuhu. tlg la jgn kecam saya, sy btol2 nak tau ending tu je. tq.
Kenapa namron tak ambik patah kayu berlakon cerita ni? Boleh pergi internasional kalau ambik patah kayu berlakon