Filem Bujang Terlajak Gabungan Si Cantik Fazura Dan 3 Pelawak Handalan Malaysia

Hiburan

Filem Bujang Terlajak Gabungan Si Cantik Fazura Dan 3 Pelawak Handalan Malaysia

Apa akan jadi kalau sebuah filem menggabungkan si cantik Fazura dan 3 pelawak iaitu Johan, Nabil dan Saiful Apek? Jawapannya ialah confirm filem tersebut akan membuatkan pankreas anda kejang akibat gelak tak berhenti-henti. Daripada trailer filem Bujang Terlajak di bawah, sememangnya gabungan Fazura dan 3 pelawak ini nampak mampu membuatkan penonton gelak ketawa.

Advertisement

Abang Nara baca sinopsis filem Bujang Terlajak pun dah boleh agak ini filem santai dan sempoi. Memang khas untuk buat orang yang stress bekerja macam Abang Nara nie gelak ketawa:-

Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri? Semuanya akan terjawab menerusi Bujang Terlajak yang ditayangkan di pawagam pada 19 Januari 2011.

Kalau tak kelakar pun Abang Nara nak pergi tengok gak sebab ada Fazura. Hahaha ~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...