Filem Adnan Sempit 2 Bakal Merempit Di Pawagam Bermula 23 Februari Ini

Hiburan

Filem Adnan Sempit 2 Bakal Merempit Di Pawagam Bermula 23 Februari Ini

Sesiapa yang masih belum tengok filem Adnan Sempit, anda adalah seorang manusia yang sangat rugi. Bagi Abang Nara, filem ini memang kelakar tahap naga gaban. Dan untuk makluman, Adnan Sempit jugaklah yang mempopularkan Shaheizy Sam. Sekiranya Sam tidak membintangi filem Adnan Sempit, mungkin ramai yang masih tidak mengenali dirinya hari ini.

adnan sempit 2

Advertisement

Dan bermula 23 Februari 2012 ini, filem Adnan Sempit 2 bakal merempit di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu filem ini. Abang Nara dapat rasakan yang Adnan Sempit 2 akan lebih kelakar, lebih menggeletek pankreas dan lebih rempit. Sinopsis Adnan Sempit 2 untuk bacaan anda di bawah:-

Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari,

 

Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

 

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia.

 

Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan.

 

Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Ingeris? Semuanya akan terjawab dalam filem ADNAN SEMPIT 2.

adnan sempit 2

Dan jangan lupa untuk menyertai pertandingan sempena tayangan filem Adnan Sempit 2 di Facebook David Teo. Selain daripada Playbook  yang akan diberikan secara rawak, ada hadiah yang sangat BEST untuk dimenangi. Anda hanya perlu menangkap gambar aksi rempit dan dapatkan seberapa banyak undian untuk memenangi peraduan ini.

P.S: Video beli KFC dengan jayanya tanpa dipukul.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...