“Fikir Pakai Otak Pun Tak Logik” – Tak Percaya Teori Bumi Dan Bulan Berputar, Suhaimi Saad Dikritik Netizen

Hiburan

“Fikir Pakai Otak Pun Tak Logik” – Tak Percaya Teori Bumi Dan Bulan Berputar, Suhaimi Saad Dikritik Netizen

Bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad baru-baru ini ada memberikan pendapat mengenai teori bumi dan bulan mengikut pemahamannya sendiri.

Video yang dimuat naik oleh seorang individu di TikTok ini memaparkan Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Mosus di media sosial ini mempertikaikan kebenaran sejarah manusia ke bulan.

Advertisement

Dia juga dilihat menafikan planet bumi yang diduduki manusia kini berserta bulan dan awam berada dalam keadaan bergerak.

Kalau bumi berputar, kapal terbang akan terbang dan bumi berputar, kapal terbang tidak boleh ikut bumi sebab bumi laju.

Tak logik, fikir guna otak pun tak logik. Awan awan semua tertinggal sebab bumi bergerak, jadi untuk ke bulan itu bohong.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, netizen rata-ratanya tidak bersetuju dan menganggap Suhaimi sebagai tidak memahami sains dan teknologi.

Malah, teori yang diberikan olehnya turut disanggah beberapa netizen dari sudut sains meskipun Suhaimi tetap bertegas bahawa dia tidak mempercayai mengenai teori bulan dan bumi berada dalam keadaan berputar serta penjelajahan manusia ke bulan.

6 bulan lalu

"Bapak Main TikTok Boleh" - Hidup Dengan Cara Zuhud, Netizen Kesian Dengan Nasib Anak-Anak Suhaimi Saad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TIkTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    July 4, 2022 at 3:52 pm

    Don’t waste time arguing with a fool.

  2. Anonymous

    July 4, 2022 at 3:26 pm

    kata bijak agama…xkn dlm Al-Quran xboleh cari

  3. Anonymous

    July 4, 2022 at 3:13 pm

    Biarlah dia dengan teori dia sendiri sebab dia je yang paham dan arif dalam hal tu..hahahaha. Netizens lah kena cerdik akal jangan terima bulat2 teori dia nih.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...