Fesyen Pelik Kaka Azraff Jadi Bahan Lawak Netizen

Hiburan

Fesyen Pelik Kaka Azraff Jadi Bahan Lawak Netizen

Baru-baru ini, viral di media sosial foto penyanyi Kaka Azraff yang menggayakan fesyen agak ‘unik’ iaitu serkup rambut berwarna biru. Penampilan Kaka itu menjadi perhatian ramai dan mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Advertisement

Ada juga yang jadikannya sebagai bahan jenaka, menyamakan ia dengan guni bawang. Menerima pelbagai kritikan, foto itu akhirnya dipadam di Instagram.

Menerusi satu kenyataan di Harian Metro, Kaka tidak sangka foto tersebut akan viral. Menurut Kaka, beliau bukanlah mangsa eksploitasi fesyen dan terpulang pada pandangan masing-masing untuk menerima fesyen digayakan itu.

Tak ada apa yang saya nak komen mengenai foto itu. Ia gambar ketika sesi fotografi majalah dan eksperimental fesyen. Apa boleh dikata, saya suka meneroka sesuatu yang baru dan mencuba. Apatah lagi, berkaitan fesyen.

Jika foto itu tular, ia di luar kawalan saya. Namun, saya berharap janganlah membuat penilaian mudah. Saya juga tidak melihat diri sebagai mangsa eksploitasi fesyen menerusi foto itu. Ia kerana, tiada had dalam fesyen.

Terdapat pelbagai konsep jika berfesyen dan setiap satu gaya itu mempunyai maksud tersirat sendiri. Cuma, tidak semua yang pandai menilainya.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : EH! Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...