Fazura Tidak Kisah Netizen Kecam Dirinya Tiada Bakat Menyanyi

Hiburan

Fazura Tidak Kisah Netizen Kecam Dirinya Tiada Bakat Menyanyi

Tidak mahu hanya dikenali sebagai pelakon, selebrti popular Fazura seperti yang anda tahu turut aktif dalam bidang nyanyian.

Advertisement

Namun, beliau sering menerima kritikan negatif berkaitan nyanyiannya termasuklah duet bersama penyanyi Indonesia bertaraf antarabangsa, Anggun menerusi lagu The Good Is Back baru-baru ini. Ramai juga lah yang meminta Fazura untuk berhenti menyanyi.

Bagaimanapun, Fazura nampaknya tidak cepat melatah dan menerima setiap kritikan serta kecaman netizen dengan hati yang terbuka. Ia sedikit pun tidak membuatkan beliau berputus asa dan lebih bersemangat untuk memperbaiki mutu nyanyiannya pada masa depan.

Saya terima semua kritikan itu dengan hati yang terbuka. Biasalah, kita perlu berdepan dengan semua cabaran seperti itu untuk berjaya. Diakui, lagu itu paling sukar untuk saya nyanyikan, ditambah dengan vokal Anggun yang sangat hebat.

Apabila dia memilih saya untuk menjadi rakan duet, saya sahut cabaran itu dengan memberikan yang terbaik mengikut kemampuan diri.

Wah, kuat juga ya semangat cinta hati Fattah Amin ini untuk terus berjaya sebagai penyanyi. Siapa tahu dengan setiap komen yang diterima, satu hari nanti Fazura boleh membuktikan dirinya mampu bergelar seorang penyanyi yang hebat. Hehe..

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...