Faye Kusairi Luah Hasrat Mahu Jumpa Elly Mazlein Untuk Berdamai

Hiburan

Faye Kusairi Luah Hasrat Mahu Jumpa Elly Mazlein Untuk Berdamai

Selepas lama dihimpit pelbagai gosip serta kemelut, penyanyi Elly Mazlein baru-baru ini meluahkan rasa gembira dan syukur apabila bekas suaminya, Azmi Hatta akhirnya berkunjung ke rumahnya dan menjenguk serta memberi hadiah buat anak mereka Putri Sara Sefhia. Elly pada masa yang sama memberitahu beliau enggan lagi perbalahan antara mereka berdua berlanjutan.

Advertisement

Malah, Faye Kusairi juga merasa sangat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Elly yang sudi berbaik semula dengan Azmi.

Faye turut berharap agar satu hari nanti beliau dapat bertemu dengan Elly dan Sefhia bagi menamatkan segala salah faham dan persengketaan.

Alhamdulillah, saya pun bersyukurlah sebab doa-doa dan harapan kami dimakbulkan. Saya pun nak ucap terima kasih pada Elly sebab sudi berdamai demi masa depan anak dia dan Azmi.

Insya-Allah sudah tentu saya gembira kalau dapat bertemu dengan mereka. Sefhia juga anak suami saya. Itu adalah satu hakikat dan penerimaan saya dari awal lagi. Saya tak akan putus berdoa agar kita semua boleh berdamai hingga ke akhir hayat.

Kami harap Elly dapat menerima permintaan Faye yang teringin sekali bertemu dengannya untuk menjalinkan hubungan yang lebih baik. Benda yang lalu jangan dikenang lagi, mulakan lembaran yang baru  untuk menjalin silatulrahim yang lebih harmoni.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...