Fattzura Dikatakan Lebih Hebat Dan Hangat Dari Lofattah

Hiburan

Fattzura Dikatakan Lebih Hebat Dan Hangat Dari Lofattah

Umum mengetahui drama Suri Hati Mr Pilot sebelum ini mencetuskan fenomena luar biasa dan popular dengan hashtag Lofattah. Walaubagaimanapun, sejak minggu lepas, drama Hero Seorang Cinderella gandingan Fattah Amin dan Fazura ataupun kini dikenali sebagai Fattzura mendapat jumlah tontonan tinggi dan menurut Cik Pang di Harian Metro ia lebih hebat dan hangat daripada Lofattah. Betul ke?

Advertisement

Saat ini Cik Pang percaya penerbit dan pengarah Michael Ang adalah manusia paling gembira di muka bumi ini apabila dikhabarkan drama bersiri terbaru produksinya, Hero Seorang Cinderella, memperoleh jumlah tontonan tinggi sebaik disiarkan di Astro Ria. Lebih membanggakan dikhabarkan jumlah tontonan Hero Seorang Cinderella mengatasi kejayaan drama bersiri Suri Hati Mr Pilot.

Ternyata formula Suri Hati Mr Pilot digunakan Michael Ang terhadap Hero Seorang Cinderella membuahkan hasil, apatah lagi menggandingkan pelakon popular, Fattah Amin dan pelakon terbaik, Fazura. Teman Cik Pang yang mengikuti drama ini dari episod pertama kebanyakannya memberi komen positif.

Bukan itu sahaja, beliau turut memuji lakonan mantap Fazura sekaligus membuatkan Fattah memberikan lakonan yang terbaik dan mampu untuk memikat hati penonton dengan keserasian mereka berdua.

Kata mereka, kekuatan Hero Seorang Cinderella terletak pada Fazura. Sebagai pelakon berpengalaman, Fazura memberi penuh penghayatan pada watak dijayakan. Malah kalau diperhatikan persembahannya seperti dia menjayakan filem dan bukannya drama bersiri. Malah ada mengatakan lakonan Fattah semakin mantap kerana digandingkan dengan pelakon hebat.

Nampaknya tidak salah lagi Fazura adalah pilihan yang tepat untuk digandingkan bersama Fattah. Minggu pertama tayangan pun sudah mendapat pelbagai reaksi positif. Siapa yang dah tonton HSC, boleh komen sikit pendapat anda dibawah?

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...