Fatin Afeefa Nafi Dakwaan Bomohkan Bekas Suami Adam Shahz

Hiburan

Fatin Afeefa Nafi Dakwaan Bomohkan Bekas Suami Adam Shahz

Baru-baru ini pelakon yang terkenal menerusi siri Juvana, Adam Shahz telah membuat pendedahan mengejutkan mendakwa bekas isterinya, Fatin Afeefa curang ketika masih bergelar isteri orang dan mengakui dirinya dibomoh oleh Fatin.

Advertisement

Sudah menjadi perbualan hangat di media sosial, Fatin menerusi portal mStar Online tampil menafikan dakwaan bekas suaminya itu. Menurut Fatin, beliau tidak akan pernah melakukan perbuatan syirik itu.

Bomoh tu apa? Saya tinggal di Subang (Selangor), tidak kenal bomoh-bomoh ni. Lagi pula saya sibuk dengan kerja sekarang. Saya tidak pasti siapa yang dia tujukan dan mungkin anda kena tanya dia dulu.

Adam ketika dihubungi memberitahu beliau tidak takut jika pihak Fatin ingin mengambil sebarang tindakan kerana beliau mempunyai bukti kukuh atas segala dakwaan berkaitan perbuatan bekas isterinya itu.

Saya tidak takut kalau dia ambil tindakan kerana saya ada semua bahan bukti apa yang dilakukan selama ini. Salah satunya dalam gambar yang saya muat naik itu adalah bahan sihir yang saya jumpa dalam kereta.

Dalam pada itu, Adam juga nafi dirinya sering mengganggu Fatin seperti yang dikatakan oleh aktres itu menerusi sebuah portal akhbar tempatan. Buat Adam, kenyataan Fatin itu sudah melampau dan kurang ajar kerana bukan sahaja mengaibkan diri Adam tetapi keluarganya juga.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...