Fathia Latiff Merajuk Ingin Bawa Diri Ke Los Angeles?

Hiburan

Fathia Latiff Merajuk Ingin Bawa Diri Ke Los Angeles?

Pemilik nama Fathia Latiff tahun ini tidak dinafikan diduga dengan pelbagai kontroversi, tentu sekali apa yang berlaku sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dirinya sebagai satu memori yang sedikit pahit buat Fathia. Khabarnya, beliau bakal berangkat ke Los Angeles tidak lama lagi dan mempunyai perancangan untuk tinggal di sana. Eh, kenapa ni Fathia? Adakah anda ingin meninggalkan kerjaya lakonan di Malaysia?

Advertisement

Saya selalu berfikiran positif dan segala kontroversi yang berlaku tidak pernah melemahkan semangat saya. Benar ada perkara timbul disebabkan diri sendiri tetapi saya belajar daripada kesilapan berlaku. Saya membuat keputusan menetap beberapa bulan di Los Angeles kerana ingin mendapatkan perspektif baru dalam hidup.

Pemergian ini saya tidak meletakkan apa-apa sasaran khusus. Saya juga tidak menetapkan akan duduk berapa lama di sana. Saya mungkin boleh saja mengubah fikiran dan hanya tinggal sebentar dan pulang kembali ke tanah air.

Fathia cuma ingin bercuti panjang kerana sudah terlalu penat bekerja sepanjang tahun. Pada masa yang sama, beliau ingin mempelajari perkara baharu di Los Angeles yang terkenal sebagai kota yang membuka pintu bagi ribuan anak seni untuk menerokai bidang itu dengan lebih dalam dan menimba pengalaman untuk memantapkan lagi bakat yang mereka ada.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...