Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fathia Latiff Masih Dihantui Kontroversi Bigo, Akui Salah Pergaulan Sehingga Karier Hancur

Kontroversi menari seakan orang sedang “mabuk” dengan pakaian seksi di Bigo Live merupakan detik paling hitam dalam hidup pelakon Fathia Latiff. Sehingga hari ini, beliau masih menerima kecaman daripada masyarakat.

Advertisement

Meskipun pada luarannya Fathia kelihatan sudah “move on” daripada insiden itu, hakitkatnya beliau masih lagi dihantui kesilapan lalu. Bercerita mengenai apa yang terjadi, Fathia mengakui hidup dan kariernya hancur gara-gara tersilap pilih kawan.

Saya mudah rapat dengan orang yang baru dikenali, tidak kira sesiapa. Saya terlalu naif untuk menilai hati budi seseorang. Sudahnya, saya terjunam dengan kesilapan. Paling membuatkan saya tersentak, apabila seorang teman yang sangat saya sayang sanggup berbuat khianat. Kejadian itu membuatkan saya sedar perlu segera berubah dan kembali mencari diri.

Orang lihat saya masih mampu tersenyum, tetapi hakikatnya saya sedang menderita. Saya sangka mampu bertahan, tetapi silap percaturan. Satu persatu keselesaan yang saya miliki terlepas dari genggaman. Kerjaya lakonan saya hancur kerana masalah disiplin. Saya selalu fikir orang boleh menerima cara saya. Saya tidak bersyukur.

Gara-gara terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidupnya, Fathia mengalami tekanan yang teruk sehigga terpaksa bertemu pakar psikiatri untuk menenangkan jiwanya yang memberontak.

Membawa diri ke London pada Disember tahun lalu, Fathia akhirnya sedar beliau harus bangkit dan daripada lamunannya.

Di sana, Allah SWT menjentik saya, membuatkan saya mula terfikir satu persatu kesilapan yang pernah dilakukan. Mengingati semua kesilapan itu, saya malu dengan diri sendiri. Selepas kejadian itu, saya terus ke Ireland bertemu adik, Fasiha Latiff. Di sana, saya bermuhasabah diri dan mula dekatkan diri dengan-Nya.

Sudah insaf dan tekad untuk meninggalkan segala perbuatan lalu, Fathia saat ini hanya pinta orang ramai memberikan beliau peluang kedua untuk beliau memperbetulkan kesilapannya dan menjadi seorang insan yang lebih baik.

Sumber Berita : BH AHAD

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 Comments

  1. Hahaha

    April 2, 2018 at 11:09 am

    saya suka komen anon 2.55am dan anon 8.13am..mcm tuju kat saya je komen awak..sob3

  2. Yana

    April 2, 2018 at 9:49 am

    semalam baru keluarkan statement tak puas hati mse sepahtureunion tu … pdhal semua tau fathia ni ada masalah attitude .. datang lambat semua..

  3. sendiri salah kata kawan khianat

    April 2, 2018 at 9:30 am

    SETUJU!
    Anonymous says:

    April 2, 2018 at 8:42 am

  4. Anonymous

    April 2, 2018 at 8:42 am

    “Paling membuatkan saya tersentak, apabila seorang teman yang sangat saya sayang sanggup berbuat khianat”

    khianat menda?? bkn minah tu g sebar video ko pun..ko sendiri menggeletis dpn hp tu menari smbil tunjuk tetek..minah tu siap cover x bg nampak ko..ko sukarela tayang kot!!!

    ko ni mental la petai!!!

    • Anonymous

      April 2, 2018 at 12:57 pm

      Haha kan… Aku setuju sgt! Bileh plak nk salahkan org lg. Lepas bigo tu pulak bukannya dia nk buat perangai elok2. Dtg lmbt la, kutuk itu ini..ini menampakkan perangai sebenar dia macam mana. Klau betul nk berubah tak perlu nak buat publicity bodoh, buat cara elok2. Bukan budak kecik, dah dewasa boleh pikir tp tak guna akal masa buat semua tu.

  5. Bob Barli

    April 2, 2018 at 8:24 am

    Kalau lps kantoi kt Bigo, kau mintak maaf then dok senyap2, aku rasa orang akan senyap jgk. Ni tak, tak habis2 seek attention kt twitter, orang lg muak n benci tau tak. Berapa kali da mau kasi tau nak bertaubat. Lg orang meluat!

Loading...
To Top