Fathia Latiff Lewat Ke Siaran Langsung Sepahtu Live Selama Lima Jam

Fathia Latiff Lewat Ke Siaran Langsung Sepahtu Live Selama Lima Jam

Sebelum ini, sebuah produksi drama pernah memberhentikan Fathia Latiff dari berlakon dalam sebuah drama susulan isu wanita itu dikatakan muncul lewat ke lokasi penggambaran dengan keadaan tidak terurus.

Kini, Fathia dikatakan melakukan perkara yang sama apabila muncul lewat lima jam ke sebuah siaran langsung, juga dalam keadaan tidak bermaya. Miss K di Astro Gempak bercerita:

Advertisement

Miss K, aku sangat geram dengan kelakuan Fathia. Sepatutnya, dia muncul dalam Sepahtu Reunion Live malam tadi. Kau bayangkan, calltime yang diberikan pukul 3 petang. Tunggu punya tunggu, tak muncul.

Kawan-kawan aku telefon banyak kali, bagai nak rak, macam nak pecah telefon tu. Hadoo dia angkat! Akhirnya dia dapat dihubungi tetapi jawapan standard yang kami dapat, on the way, on the way, on the way.

Semua orang dah menggelupur, kalau dia tak datang, nak ganti dengan siapa? Lepas tu datang lambat ni pun satu hal jugak, macam mana nak buat rehearsal dengan ahli Sepahtu yang lain?

Sepatutnya, Fathia muncul awal, sekurang-kurangnya sebelum pukul 6 petang sebab dia ada sesi FB Live. Dah siap hebahkan kot di Instagram Zon Lawak, tapi batang hidung pun tak nampak! Sesi FB Live batal, rehearsal pun tak ada!

Memanglah program ini program lawak tapi semua benda pun ada latihan kan. Nanti kalau tak faham cerita, nampak janggal pula atas pentas tu nanti.

Rupa-rupanya on the way tu berlangsung lama sangat. Selepas jam 8.00 malam baru dia muncul. Padahal pukul 10 malam nak live dah ni! Macam mana nak rehearsal? Make up? Tukar baju?

Dari pukul 3 menuju pukul 8, kalau memandu dari Kuala Lumpur, dah sampai Kuala Perlis gamaknya tu! Apa yang kami kesalkan, dia muncul dalam keadaan kurang terurus dan tidak bermaya. Macam mana nak live tu?

Tenaga produksi terpaksa muncul dengan Plan B. Nasib baik ada Siti Elizad yang mahu bekerjasama sebagai bidan terjun! Walaupun diberitahu last minute, kami puji kesungguhan Elizad yang bersedia untuk membantu dan menyelamatkan keadaan.

 

Sebelum ini, Fathia digugurkan dari produksi drama itu semasa kes kontroversi pelakon itu muncul di Bigo Live dan menayangkan sebahagian payudara semasa menari seolah-olah tidak sedar kelakuannya sedang dirakamkan.

Jika benar apa yang diperkatakan ini, nampaknya kerjaya Fathia sukar untuk dipulihkan, tambahan pula dia juga dikecam baru-baru ini kerana menulis tweet berunsur sinis terhadap pemimpin negara.

Masih belum terlewat untuk memperbaiki keadaan. Sayanglah wajah jelita jika tidak dipadankan dengan disiplin kerjaya, ya tak? Potensi musnah sebegitu saja. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...