Fathia Latiff, Lebih Baik Kau Pun Sama Bunuh Diri – Iqram Dinzly

Hiburan

Fathia Latiff, Lebih Baik Kau Pun Sama Bunuh Diri – Iqram Dinzly

Gara-gara menyuruh Iqram Dinzly membunuh diri ketika Instagram Live aktor itu, Fathia Latiff menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang menyifatkan beliau bersikap kurang ajar dan sengaja ingin mencipta kontroversi murahan.

Advertisement

Memberikan komen mengenai isu tersebut, Iqram menerusi perbualan telefon bersama Mstar Online juga bengang dengan kenyataan Fathia.

Dah kenapa dia tu? Saya tak tahu apa sebab Fathia nak memberikan komen begitu. Sama ada beliau mahu bergurau atau apa.  Saya pun mahu bergurau juga.  Aku tahu kau pergi luar negara larikan diri kan? Lebih baik kau pun sama bunuh diri.

 

Tidak pasti mengapa Fathia harus memberikan komen berunsur provokatif seperti itu sedangkan kini ramai yang ingin memberikan sokongan moral kepada Iqram agar beliau kembali positif dan tidak tertekan. Harapnya Fathia tampil memberikan penjelasan terhadap tindakan beliau yang agak melampau itu.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...