Fathia Latiff Kembali Bertudung?

Hiburan

Fathia Latiff Kembali Bertudung?

Baru sahaja membuat pengumuman beliau tidak lagi bertudung kerana enggan terus hipokrit dan selesa dengan imejnya berambut pendek, pelakon Fathia Latiff mencetuskan persoalan lagi apabila tiba-tiba memuat naik foto beliau kembali memakai hijab di akaun Instagramnya.

Advertisement

Ramai yang menganggap mungkin beliau ingin menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini dengan menutup aurat dan diakui Fathia tampak begitu manis apabila bertudung.

Bagaimanapun, ketika dihubungi pihak media, Fathia tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai penampilannya itu.

Salam… Saya tiada komen mengenai perkara itu.

Terdahulu, Fathia berkata, ketika berhijab kehidupannya penuh dengan dugaan serta cabaran. Harus berpura-pura dan tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga segala tekanan itu membuatkan dirinya mengalami depresi.

Sumber Berita & Foto : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...