Fasha Sandha Nafi Gosip Sudah Hamil

Hiburan

Fasha Sandha Nafi Gosip Sudah Hamil

Gara-gara kapsyen Aidil Aziz di Instagram dimana beliau memberitahu isterinya, Fasha Sandha teringin untuk membeli pelbagai juadah berbuka puasa di bazar ramadhan, ramai yang sangka pelakon jelita itu sudah hamil kerana mengidam pelbagai jenis makanan.

Advertisement

Bagaimanapun, Fasha menafikannya dan menjelaskan masih terlalu awal untuk beliau hamil. Mereka baru sahaja bergelar suami isteri pada bulan Mac lalu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pasangan itu segera dikurniakan zuriat.

Biasalah, bila bulan puasa memang macam-macam makanan yang kita nak. Lebih-lebih lagi bila ke bazar, rambang mata dibuatnya. Apa-apa pun, baguslah juga netizen doakan yang baik-baik. InshaAllah satu hari nanti ada rezeki Fasha dan Aidil menimang cahaya mata.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...