Status Insta Stories bekas suami Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram ataupun lebih dikenali sebagai Jejai mencetuskan spekulasi.
Adakah aktres jelita itu sudah mengikat tali pertunangan ataupun bernikah secara senyap dengan kekasih hati Aidil Aziz. Turut terkejut dengan berita hangat itu, Fasha tampil menafikannya.
Setakat (hari) ini, saya dan Aidil masih berkawan rapat. Saya belum bersedia untuk berkongsi mengenai sebarang perancangan saya dan Aidil untuk masa depan. Ini kerana saya tidak pasti apa akan jadi pada esok hari. Insya-Allah apabila tiba masa dan harinya nanti saya pasti berkongsi dengan peminat. Setakat ini, saya tidak mahu berkongsi kerana masanya belum tiba.
Fasha berharap orang ramai tidak lagi membuat sebarang andaian mengenai status hubungannya dengan Aidil. Bagaimanapun, beliau tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat tercinta yang tidak henti mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.