Sekitar hujung tahu lalu, kami ada dengar khabar angin mengatakan pelakon Sari Yanti sedang berbadan dua. Namun, beliau dan suaminya, Jep tidak pernah memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung perkara itu.
Namun, perkongsian Fasha Sandha baru-baru ini memberikan kejutan apabila beliau secara tidak sengaja memberitahu Sari Yanti kini sedang hamil. Walaubagaimanapun, kami tidak pasti kesahihan berita ini.
Peminat tumpang gembira dengan berita gembira tersebut dan ruangan komen di Instagram Fasha kini dipenuhi dengan ucapan tahniah serta doa buat Sari Yanti sekiranya beliau benar-benar sudah hamil.
Mungkin juga kandungan Sari Yanti masih di peringkat awal sebab itu beliau memilih untuk tidak mengumumkannya. Jika berita ini benar, kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Sari Yanti dan Jep. Semoga segalanya berjalan lancar.