Bergelar selebriti popular memang agak sukar untuk lari daripada kotroversi ataupun menjadi perhatian orang. Dengan zaman media sosial ini pula, hampir segala yang mereka lakukan akan dikritik dan dikecam sehingg ada yang menutup ruangan komen di Instagram kerana tidak mahu rasa sakit hati ataupun tertekan.
Berkongsi video di belakang tabir ketika beliau menjalani sesi fotografi untuk sebuah iklan produk kosmetik, Fasha juga turut menutup ruangan komen di ‘posting’ tersebut di akaun Instagramnya agar tidak menjadi satu isu besar selain menerima komen yang melampau daripada netizen.
Namun, tindakan beliau itu disindir oleh seorang pegikutnya . Individu tersebut turut mengkritik betapa Fasha nampak buruk memakai baju seksi paras dada.
Bengang dengan komen berkenaan, Fasha memuat naik foto wanita bertudung itu dengan anak-anaknya dan mempertikai sikap seorang wanita muslimah. Kata Fasha, beliau terpaksa berpakaian sebegitu atas tuntutan kerja dan perkara itu adalah antara dirinya dengan Tuhan. Orang lain tidak perlu mencampuri urusannya itu.
Namun, rata-rata netizen berpendapat tindakan Fasha seakan mengaibkan wanita tersebut. Mungkin komen yang diberikan olehnya agak kasar, tetapi Fasha haruslah menerima setiap teguran dengan hati terbuka dan janganlah memperbesarkan lagi isu.
Tidak dinafikan teguran wanita itu kepada Fasha bunyinya agak kasar. Dalam kita ingin memberikan nasihat ataupun menyampaikan mesej lakukanlah dengan cara yang lebih berhemah agar tidak timbul sebarang salah faham ataupun membuatkan orang lain sakit hati.