Fasha Sandha Akui Rapat Dengan Aidil Aziz

Hiburan

Fasha Sandha Akui Rapat Dengan Aidil Aziz

Walaupun video beliau berpelukan dan mencium pipi serta tangan Aidil Aziz sudah tular dan mencetuskan tanda tanya, pelakon Fasha Sandha bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenainya.

Advertisement

Buat masa ini, Fasha hanya mengakui Aidil adalah lelaki yang paling rapat dengannya sekarang tetapi hubungan mereka tidak melibatkan soal hati dan perasaan. Namun, pada masa yang sama Fasha menyatakan dirinya masih solo tetapi sudah berpunya.

Saya tak nak komen mengenai video itu kerana jika diulas, ia akan berpanjangan pula. Saya tidak mahu meletakkan hubungan kami sebagai bercinta kerana lebih selesa dengan terma berkawan.

Saya belum bersedia untuk bercakap soal hati dengan lebih lanjut kerana kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah lelaki yang rapat dengan saya. Ya, saya ‘single but not available’.

Kalau tiada apa-apa hubungan cinta mengapa pula ada kenyataan ‘single but not available’ tu? Mungkinkan mereka masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing?

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...