Fasha Sandha Akui Dirinya Masih Solo, Belum Bertemu Lelaki Yang Berjaya Buka Pintu Hatinya

Hiburan

Fasha Sandha Akui Dirinya Masih Solo, Belum Bertemu Lelaki Yang Berjaya Buka Pintu Hatinya

Walaupun aktres jelita Fasha Sandha sering menjadi tumpuan ramai dan didekati oleh beberapa orang lelaki termasuk dihimpit gosip percintaan bersama seorang jejaka bernama Mukhlis Rosdi, Fasha bagaimanapun memberitahu beliau masih lagi solo dan belum ada sesiapa yang berjaya membuka pintu hatinya untuk bercinta lagi.

Advertisement

Tiada yang menarik sebenarnya tentang cerita peribadi saya. Kekasih tiada kerana saya masih solo tetapi kalau berkawan itu memang ada cuma hubungan itu sekadar kawan biasa sahaja. Apa yang boleh saya katakan masih belum ada lelaki yang boleh menambat hati saya sebagai kekasih.

Fasha akui jadual kerjayanya yang padat juga mungkin membuatkan beliau tidak mempunyai masa untuk mencari teman istimewa. Namun, beliau sudah cukup bahagia dengan kehidupannya kini bersama dua orang anaknya.

Tidak mengapa Fasha, memang kita tidak boleh terburu-buru dan main tangkap muat sahaja tentang soal kekasih. Biarlah nanti takdir tentukan siapakah yang terbaik buat Fasha dan harapnya hubungan itu berkekalan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...