Farid Kamil Tidak Ada Dalam Senarai 300 Artis Hutang Ah Long – Zed Zaidi

Hiburan

Farid Kamil Tidak Ada Dalam Senarai 300 Artis Hutang Ah Long – Zed Zaidi

Dilaporkan hadir ke balai polis pada awalnya bagi membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya tetapi kemudiannya menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp 300 artis hutang ah long sebelum menampar anggota polis di kaunter aduan,  ada spekulasi mengatakan Datuk Farid Kamil mengalami depresi kerana beliau adalah salah seorang daripada artis yang meminjam wang dengan ah long.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Presiden Seniman, Zed Zaidi mengesahkan Farid tidak termasuk dalam senarai tersebut.

Senarai itu diperoleh selepas Seniman menerima laporan bertulis daripada artis terlibat yang mahu kita membantu mereka. Semakan mendapati Farid Kamil bukan salah seorang daripada mereka. Saya bagaimanapun tidak boleh mendedahkan nama-nama artis terlibat atas faktor keselamatan mereka.

Pihak polis mempercayai kesan sampingan dadah jenis ganja yang diambil oleh Farid merupakan punca utama aktor itu mengamuk.  Malah, ada sumber mengatakan mereka yang berada di bawah pengaruh dadah tidak dapat mengawal emosi ketika khayal lebih-lebih lagi ketika mereka berada dalam keadaan tertekan.

Orang yang normal tidak akan berlaku ganas dengan menampar polis dan menendang orang awam. Orang yang di bawah pengaruh dadah boleh melakukan apa sahaja perbuatan jenayah.

Kita nantikan sahaja hasil siasatan polis dan semoga segala persoalan akan terjawab.

Sumber Berita : Kosmo 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...