Farid Kamil Buat Laporan Polis Berkaitan Masalah Rumah Tangga?

Hiburan

Farid Kamil Buat Laporan Polis Berkaitan Masalah Rumah Tangga?

Semalam pelakon Farid Kamil mencetuskan tanda-tanya apabila berkongsi foto beliau berlatar belakangkan balai polis Mutiara Damansara sambil memegang satu laporan polis dengan kapsyen mahu memperjuangkan nasib orang-orang yang teraniaya.

Advertisement

Terbaru, ada sumber mengatakan laporan yang dibuat oleh Farid adalah untuk membenarkan adiknya, Anis Anwar Zahari untuk memasuki kediamannya untuk mengambil barangan peribadi milik Farid yang terletak di Casa Tropicana, Damansara.

Malah, Farid dalam laporan polis tersebut juga menyatakan kedua-dua anaknya Muhammad dan Nur Aurora berada dalam jagaannya pada malam laporan tersebut dilakukan. Menurut sumber itu lagi, Farid tidak dibenarkan masuk ke rumahnya sendiri.

Dalam laporan polis yang dibuat itu, hanya adiknya sahaja yang dibenarkan untuk mengambil barangan peri­badinya. Difahamkan, dalam laporan polis itu juga, Farid Kamil turut menyatakan dia membawa keluar kedua-dua anak untuk menemaninya ke hospital dengan izin Diana Danielle.

Oleh kerana kediaman itu di Casa Tropicana, maka laporan itu telah dipindahkan ke Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Difahamkan, tujuan Farid membuat laporan polis tersebut pada 18 Januari lalu adalah untuk mengelak salah faham dengan mana-mana pihak.  Persoalannya sekarang, adakah rumah tangga Farid dan Diana Danielle sedang bermasalah?

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...