Farid Kamil Aktor Yang Ditahan Tampar Polis, Jalani Ujian Air Kencing

Hiburan

Farid Kamil Aktor Yang Ditahan Tampar Polis, Jalani Ujian Air Kencing

Gempar tengah hari tadi dengan berita seorang aktor yang baru bergelar Datuk ditahan atas dakwaan menampar seorang anggota polis ketika membuat aduan di Balai Polis Kota Damansara.

Advertisement

Menerusi laporan portal Utusan Online, aktor tersebut adalah Datuk Farid Kamil dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisoner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut satu sumber, ujian air kencing akan dijalankan untuk menentukan sama ada Farid dibawah pengaruh dadah ataupun sebaliknya.

Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.20 tengah hari tadi,  Farid  hadir ke balai polis tersebut untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan dan berurusan di kaunter aduan, sebelum secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam. Farid turut bertindak di luar kawalan dengan menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum beliau ditahan.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...