Menerusi laporan portal Utusan Online, aktor tersebut adalah Datuk Farid Kamil dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisoner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Menurut satu sumber, ujian air kencing akan dijalankan untuk menentukan sama ada Farid dibawah pengaruh dadah ataupun sebaliknya.
Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.20 tengah hari tadi, Farid hadir ke balai polis tersebut untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan dan berurusan di kaunter aduan, sebelum secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam. Farid turut bertindak di luar kawalan dengan menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum beliau ditahan.