Farah Nabilah Tolak Pura-pura Bercinta Dengan Pelakon Lelaki Untuk Popular

Farah Nabilah Tolak Pura-pura Bercinta Dengan Pelakon Lelaki Untuk Popular

Gandingan Zul Ariffin dan Farah Nabilah memang cukup menjadi. Lakonan mereka berdua sebagai Haris dan Aisy untuk drama ‘Titian Cinta’ yang diadaptasi dari novel karya Ridhya Iman menarik minat 11 juta penonton dan sekaligus menaikkan nama Farah Nabilah yang masih baru dalam dunia lakonan.

Itu cara yang baik untuk dikenali dalam bidang ini, iaitu kerana bakat. Namun begitu, BH Plus melaporkan Farah tidak menafikan bahawa ada pelakon lelaki datang kepadanya dengan tawaran untuk mencetuskan kontroversi dengan pura-pura bercinta:

Advertisement

Ada beberapa pelakon datang mahu mencetuskan kontroversi. Mereka mahu ‘menjalinkan’ hubungan dengan saya, nak buat gosip acah-acah bercinta.

Nak tergelak pula rasanya, mujur hati saya kental. Mungkin saya bertahan kerana niat saya yang mahu berada dalam industri ini untuk mengembangkan bakat, jadi semuanya ditolak mentah-mentah.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Farah ialah graduan Universiti Upper Iowa Malaysia (UIU) dalam bidang psikologi, ingin dikenali dengan produk-produk seni bukan sekadar gosip cinta murahan.

Mengakui kehidupannya berubah setelah dikenali, ada saja peminat ingin bergambar dengannya kini, namun dia ingin mengekalkan cara hidup low-profile.

Apa yang disampaikan oleh Farah Nabilah ini seakan ada kena mengena dengan beberapa selebriti yang seakan bermain teka-teki dengan hubungan masing-masing sehingga menimbulkan gosip pertunangan dan seakan bermain dengan harapan pemuja idea percintaan antara selebriti tersebut. Sebelum ini pelakon jelita Fazura pernah berterus-terang bahawa gosip pertunangannya dengan Fattah Amin hanyalah gimik pemasaran syarikat yang mewakili mereka.

Siapakah sebenarnya yang datang pada Farah Nabilah dengan tawaran itu? Dapatkan maklumat lanjut di BH Plus. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...