Faiz Roslan Tampil Minta Maaf, Ingin Berhenti Buat Video

Hiburan

Faiz Roslan Tampil Minta Maaf, Ingin Berhenti Buat Video

Selepas dikecam teruk oleh netizen dan dihimpit kontroversi yang cukup besar gara-gara video pengakuan dia dan rakan-rakan tidak berpuasa, Instafamous Faiz Roslan akhirnya tampil memohon maaf menerusi laman sosial Twitter.

Advertisement

Mengakui maruah dan nama beliau telah terjejas, Faiz menjelaskan sebab mengapa beliau membuat video tersebut. Menurut Faiz,  semuanya berpunca daripada beberapa individu yang melabelkan golongan lelaki lembut sepertinya tidak layak untuk berpuasa.

Video ‘live’ pengakuan Faiz yang tersebar sebenarnya bukanlah versi yang penuh. Dia turut menjelaskan rakannya didalam video tersebut tidak boleh berpuasa kerana sedang sakit.

Setelah apa yang berlaku, Faiz akui akan mengundurkan diri dari media sosial untuk sementara waktu dan tidak akan membuat sebarang video untuk waktu yang lama.

Baguslah kalau Faiz berani membuat permohonan maaf atas kesilapan yang beliau lakukan meskipun dihimpil pelbagai komen negatif. Harapnya apa yang terjadi dapat dijadikan pengajaran dalam hidupnya dan membuatkan dia merasa serik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...