Faezah Elai Tidak Perlu Fesyen Jenama Mewah, Hanya Perlukan Hijab Labuh Untuk Bergaya

Hiburan

Faezah Elai Tidak Perlu Fesyen Jenama Mewah, Hanya Perlukan Hijab Labuh Untuk Bergaya

Sejak berhijab beberapa tahun lalu, pelakon Faezah Elai mempunyai cara tersendiri berkaitan soal fesyen, penampilan yang menutup aurat selari dengan imejnya sebagai seorang muslimah.

faezah elai

Advertisement

Menerusi akaun Instagramnya, Faezah berpendapat seseorang individu tidak perlu mengenakan pakaian jenawa mewah ribuan ringgit bagi kelihatan bergaya, asalkan selesa dan yakin serta menutup aurat. Itu sudah memadai.

Tambahnya lagi, cara berpakaian tidak melambangkan agama apatah lagi jika seseorang itu tidak pernah melakukan amalan yang disuruh dalam agama itu sendiri.

Dalam pada itu, Faezah turut memberi nasihat kepada peminatnya untuk terus istiqamah menutup aurat dengan cara yang sempurna dan mematuhi syariah.

faezah elai tudung labuhBenar apa yang dikatakan oleh Faezah, keindahan Islam terletak pada amalannya dan bukannya pada penampilan seseorang. Agak mendalam juga maksud disebalik mesej yang cuba disampaikan.

Sumber Berita : Faezah Elai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...