Faezah Elai Bengang Netizen Kecam Jalan Cerita Drama Cinta Fatamorgana “Bulls**t”

Hiburan

Faezah Elai Bengang Netizen Kecam Jalan Cerita Drama Cinta Fatamorgana “Bulls**t”

Tidak dinafikan kini penonton disajikan dengan pelbagai drama, namun semuanya hanya berkisarkan kisah percintaan sahaja. Kadang-kadang tidak tahu drama mana satu yang betul-betul “best” hendak dilayan.  Namun, sejak kebelakangan ini adalah juga yang bercerita mengenai drama Cinta Fatamorgana lakonan Aeril Zafrel dan beberapa pelakon baharu.

Advertisement

Penulis belum sempat lagi menonton drama tersebut, tetapi nampaknya beberapa netizen tidak berpuas hati dengan jalan ceritanya. Menurut mereka ianya amat memalukan seorang Melayu apabila ada adegan melarikan isteri orang.

Komen-komen netizen nampaknya membuatkan pelakon Faezah Elai yang juga isteri kepada pengarah drama Cinta Fatamorgana, Heykal Hanifah merasa sangat benang dan tampil memberikan respon yang agak sinis di akaun Instagramnya.

Faezah turut mempertikaikan mengapa orang Melayu tidak mahu menyokong bangsa sendiri dan sering ingin mengkritik antara satu sama lain.

Apa-apa pun, kenyataan yang beliau buat itu tidak bermaksud ingin berpihak kepada suaminya. Buat beliau, kalau sudah tidak suka drama tersebut tukar sahaja ke program lain, lebih mudah begitu dan tidak perlu timbulkan provokasi.

Jika menghasilkan sesebuah drama mahupun filem, kita haruslah bersedia untuk menerima segala kritikan ataupun “review” jujur daripada penonton. Siapa yang sudah tonton drama Cinta Fatamorgana? Mungkin boleh kongsikan pendapat anda pula.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...