Fadzil Zahari Nafi Bergaduh Dengan Abang, Farid Kamil

Fadzil Zahari Nafi Bergaduh Dengan Abang, Farid Kamil

Adik Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari, menafikan hubungannya dengan abangnya itu tidak baik. Ini kerana terdapat dakwaan bahawa hubungan mereka berdua renggang sejak Fadzil dikatakan tidak hadir ke satu sidang media yang diadakan oleh Farid baru-baru ini di Shah Alam.

Memberitahu Harian Metro:

Advertisement

Saya dan Farid masih baik. Mana ada kami gaduh. Tak baik buat fitnah yang bukan-bukan.

Saya selalu mengingatkan diri bahawa tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan. Saya akan sentiasa menyokong dan berada di sampingnya walau bermacam dugaan harus ditempuhinya.

Ketidakhadiran Fadzil menimbulkan tanda tanya kerana selama ini dia dilihat menyokong abangnya itu termasuk hadir bagi menjadi penjamin abangnya di mahkamah.

Fadzil memberitahu dia tidak lagi mengurukan sepenuhnya kerjaya Farid kerana pelakon itu kini mempunyai pembantu peribadi.

Ketika dia ditahan di balai polis, saya bersama adik beradik membantu menguruskannya.

Tetapi selepas dia dibebaskan adalah lebih baik saya tidak mencampuri urusannya kerana dia tahu apa lebih baik.

Bagaimanapun saya akan menyokong dan akan sentiasa membantunya dari belakang.

Farid sebelum ini ditahan polis dan didakwa di mahkamah atas empat pertuduhan, iaitu mendatangkan cedera dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis dan orang awam serta berkelakuan tidak senonoh di balai polis trafik Kota Damansara sekitar Januari.

Manakala bulan  lepas, Farid sekali lagi didakwa di mahkamah atas pertuduhan membuat laporan palsu. Dia mengaku tidak bersalah untuk kesemua pertuduhan. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...