Ezlynn Kecewa Suami Pecah Masuk Rumah, Rembat Semua Barang

Ezlynn Kecewa Suami Pecah Masuk Rumah, Rembat Semua Barang

Bagaimana jika anda balik ke rumah mendapari barang-barang dalam rumah telah dirompak? Dan bayangkan kemudiannya anda dapati yang merompak ialah suami sendiri?

Begitulah yang berlaku pada penyanyi Ezlynn. Dia memuat naik gambar-gambar keadaan rumah yang kosong ke Instagramnya semalam dengan kapsyen:

Advertisement

I came home to this?!! What the hell is this.. my home no gate anymore.. what the hell happened to the gate!! Barang hilang lagi.. kena rompak.

Aku kerja hari-hari penat cari duit kau ambil semua duit aku!! Now barang-barang semua kau ambil. Kau rosakkan rumah .. kau buat hutang aku tanggung semua.. Aku diam kau naik kepala..

Kau memang jahat!! Suami tak guna .. kawan tak guna, manager tak guna.. menyesal aku kenal kau seumur hidup aku.. Hutang tak mahu bayar asyik bercuti je.. kerja tak mau..

Ya Allah kau perdengarkanlah hati aku ini ya Allah .. dengarkan doaku ya Allah… tidak ku halalkan setitik pun keringat aku yang sesen pun duit aku yang kau ambil..

Kau ada lah manusia yang paling jahat yang pernah aku kenal..

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin telah mendirikan rumahtangga dengan Adam Fahmy sejak 2011 namun telah memfailkan perceraian pada tahun ini. Kes mereka masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Sementara itu, melalui BH Online Ezlynn mendedahkan yang dia telah membuat tiga laporan polis berhubung tindakan suaminya, Adam Fahmy, yang didakwa memasuki kediamannya di Damansara Perdana untuk mengambil barang berharga.

Saya sudah tak tahan dengan perangainya. Kenapa sampai perlu nak rosakkan barang seperti pagar? Bukannya dia tak boleh ambil kunci dengan adik-beradik saya. Selalunya saya tinggalkan kunci rumah dengan kakak.

Habis semua barang berharga dia ambil, hingga tiada apa yang tinggal untuk saya. Daripada barang elektronik, kelengkapan riadah hinggalah yang berharga. Bayangkan kotak peti keselamatan pun dia ambil.

Setahu penulis, Adam Fahmy hanya bekerja menguruskan kerjaya Ezlynn sejak mereka belum berkahwin dan Ezlynn juga telah menamatkan khidmat Adam Fahmy sebagai pengurusnya sejak Julai lepas. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...