Ezad Lazim Dan Isteri Dihubungi Polis Atas Dakwaan Dera Anak

Hiburan

Ezad Lazim Dan Isteri Dihubungi Polis Atas Dakwaan Dera Anak

Penyanyi Ezad Lazim dan isteri dilaporkan telah dihubungi pihak polis akibat salah faham mengenai dakwaan melakukan penderaan terhadap anak bongsunya, Putera Muhammad Darwish,6, sehingga mengalami pendarahan teruk di kepala.

Ujar Ezad, dia ada dihubungi pihak berkuasa setelah menerima laporan daripada individu tidak diketahui dan menjelaskan bahawa ia hanya satu salah faham.

Advertisement

Ini berikutan tular video dan gambar anak lelaki mereka yang mengalami pendarahan sehingga menimbulkan spekulasi bahawa dia dan isteri telah melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Semalam tular video dan gambar anak lelaki kami mengalami pendarahan yang banyak di kepalanya. Seperti yang telah saya maklumkan semalam dalam media sosial, bahawa anak saya bergaduh sesama sendiri (dengan anak sulung).”

Penjelasan tersebut turut dimuat naik Ezad di laman Instagramnya dan dia dan isteri ada memohon maaf di atas kecuaian mereka menjaga anak-anak sehingga terjadinya perkara seperti itu.

Dalam pada itu, pelantun lagu Jesnita itu tidak keberatan untuk bekerjasama jika dia dan isteri dipanggil untuk disoal siasat dalam membantu siasatan terhadap laporan yang dibuat pihak tidak dikenali itu.

Difahamkan,anak bongsunya itu cedera di kepala setelah dipukul kakaknya, Puteri Rania Keisha,9, dengan penyangkut baju.

Darwish kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...