Erra Fazira Nafi Bakal Berkahwin Februari-Mac Ini

Erra Fazira Nafi Bakal Berkahwin Februari-Mac Ini

Nama Erra Fazira cukup dikenali di kalangan peminat seni Malaysia dan pernah bergelar primadona filem Melayu. Pada usia 44 tahun, Erra mengumumkan telah menukar pengurusan untuk memperkembangkan kerjayanya dalam satu sidang media sebentar tadi.

Erra berkata dia kini berada di bawah pengurusan Mind Order Management. Dalam sidang media itu dia ditanya mengenai desas-desus bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan sekitar Februari dan Mac. Berita Harian melaporkan, Erra menafikan khabar angin itu:

Advertisement

Saya tidak pernah rancang apa-apa tarikh perkahwinan. Sebaliknya, macam-macam tarikh yang saya dengar.

Jodoh bukan di tangan saya dan saya sayang rakan media. Bila sampai masa, pasti saya akan kongsikan.

Mengenai perhubungannya dengan penyanyi Shahir Zawawi, 28, Erra memberitahu dia masih berhubung dengan pemuda itu dan ada menasihatkan Shahir untuk mejadi insan yang lebih baik:

Saya beritahu dia supaya memulakan 2018 ini untuk menjadi lebih baik.

Saya bagaimanapun tidak boleh mengulas hal atau masalah lain membabitkan dirinya. Masalah dia bukan masalah saya.

Sepanjang kerjayanya selama 20 tahun ini kali pertama dia bernaung di bawah syarikat pengurusan yang berkuatkuasa bulan ini:

Saya percaya mereka akan membantu mengembangkan lagi kerjaya saya sebagai artis, malah kami sudah pun ada beberapa perancangan bersama ke arah itu

Berikutan kontroversi yang melanda Shahir tahun lepas ketika menyertai pertandingan AF Megastar di mana dia dikaitkan dengan seorang pramugari yang berstatus ibu tunggal,  ada peminat yang meminta Erra mempertimbangkan perhubungan dengan Shahir. Shahir juga terpalit dengan dua kes hutang dengan dua individu membabitkan jumlah puluhan ribu ringgit.

Namun begitu, hubungan mereka nampaknya kekal erat.

Apa nak kata, bak lagu Selena Gomez, “The Heart Wants What It Wants”, kan? Doakan yang terbaik buat mereka berdua. – beautifulnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...