June 14th, 2019

Selepas beberapa hari mereka dikatakan sedang berperang dingin, akhirnya Erra Fazira membuka mulut mengenai kemelut hubungan persahabatannya dengan pelakon Datin Seri Umie Aida

Erra mengakui beliau telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali dan melukakan hati sahabat baiknya itu.

Sebagai manusia biasa dirinya tidak lari daripada melakukan kesilapan dan Erra memohon maaf kepada Umie atas apa yang sudah berlaku. Pada masa yang sama, Erra mengharapkan pengakuan dibuat dapat menghentikan perbalahan antara semua pihak termasuklah dalam kalangan peminat.

Terdahulu, perbalahan antara dua selebriti popular ini mula dihidu peminat apabila Umie memuat naik beberapa siri status berbaur kecewa dan terluka dikhianati sahabat baik sendiri beberapa kali, memusnahkan hubungan persahabatan mereka. Meskipun Umie tidak menyebut sebarang nama, namun, rata-rata netizen membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada Erra yang diketahui mempunyai hubungan erat dengannya.


29 responses to “Erra Fazira Mohon Maaf Kepada Umie Aida, Mahu Hentikan Perbalahan”

  1. johnny bravo says:

    Ni mesti bab duit. Erra mmg suka kikis harta org, tak kiralah kwan sendiri pun. Dulu si Hans kata erra kikis rm80k duit dia…

    • Anonymous says:

      ramai plak dislike… padahal memang betul pun… hadiah rolex rm12k masuk urtv lagi.. last2 bulan depan announce nak kawin emran.. xtau laa budak2 skrg tau ape tu urtv aku pun dah lama xbeli…

      aper pun aku respek PR erra ni… instead netizen bash erra sbb kesalahan yg ke3.. erra bole psycho ummi yg kene bash sbb go public… harap2 public dah tau erra jgn buat ke4 pulak…

  2. Anonymous says:

    AK2.O aq tak tau lh klu ade ppuan klu laki dia di goda or bf dia kna goda tak meroyon..kdg llki jugak klu gf dia kna ambil juga meroyon..tak tau klu ppuan bole kawen 4 lebih, mungkin meroyan llki melebihi dari ppuan agaknya..apalagi klu para isteri klu dah hidup lama bersama top2 laki buat hal.klu tak tau kehidupan org lain yg sbenarnya jgn sok tau jugak kamu.

    • AK2.O says:

      isu nye skrg..jgn campur urusan org lain..itu kan hal umie dgn erra..si erma tu diam2 sudah la..xpayah nak pukul canang jugak…Kalau bekas laki erma nak kawen tu..patot la erma meroyan..itu laki dia…umie siap bawa geng kot nak serang erra..Lagi zahida tu..over pulak..macam dia xpernah amek laki orang…Dan2 kantoi tgh posing baju..dalam bilik tergantung gambo Shafie Apdal…

  3. AK2.O says:

    Erma Fatima rasanya tak perlu nak masuk campur..Itu hal erra n umie..Ini dia sebuk jugak nak keluar statement…Kau kalau kat ig bukan main share perihal agama..agama islam kan ajar jangan masuk campur perihal orang lain dan jangan buka aib orang..Diam diam sudah la…Gaya erma meroyan macam masa bekas laki dia nak kawen dulu..Jangan samakan hal orang lain dengan kau yer erma…

  4. Anonymous says:

    Depa dua ni high class n independent women la.. xde maknanya gaduh sebab laki.. pasal bussiness ni

Loading...