Entah Bila Ada Tulis “Hell Fire”- Kilafairy Bengang Ditegur PU Jadian Di Twitter

Hiburan

Entah Bila Ada Tulis “Hell Fire”- Kilafairy Bengang Ditegur PU Jadian Di Twitter

Kecoh di Twitter apabila seorang individu dengan nama PU Nabil telah menegur pelakon Kilafairy dengan kata-kata  agak berbisa kerana status yang ditulis oleh beliau yang berbunyi  “Some women fear fire, some women become it.” Untuk makluman anda , lelaki tersebut bukanlah salah seorang peserta pencetus ummah.

Advertisement

Bengang dengan PU jadian tersebut yang menyalah tafsir maksud ayatnya, Kila telah membalas teguran lelaki itu. Menurut Kila, beliau tidak pernah memberikan maksud api neraka dalam “tweet” berkenaan dan berpendapat lelaki tersebut cuba untuk menjadi Tuhan dan meraih publisiti murahan.

Lelaki itu kemudian membalas “tweet” Kila dan memberitahu tujuan beliau membuat teguran api neraka itu kerana ingin melihat sendiri respon netizen mengenai isu tersebut. Bagaimanapun, pengakuan lelaki itu sudah dipadamkan.

Kalau hendak menegur seseorang itu haruslah ada cara yang betul dan tidak mengaibkan. Apatah lagi lelaki tersebut juga turut memburukkan nama Pencetus Ummah yang ada sedangkan beliau hanyalah PU palsu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...