“Engkau Tu Tak Pakai Tudung, Tolong Hormat Masjid, Jadi Engkau Boleh Keluar Sekarang!”

Trending

“Engkau Tu Tak Pakai Tudung, Tolong Hormat Masjid, Jadi Engkau Boleh Keluar Sekarang!”

Seorang wanita menceritakan pengalaman dia dan bapanya diherdik seorang lelaki kerana dia tidak memakai tudung semasa berteduh di sebuah masjid hospital. Walaupun berada di masjid kerana berteduh dari hujan, lelaki itu tidak menerima permintaan mereka untuk terus berteduh sehingga ibu wanita itu menghabiskan makanan.
MasjidAN

Hasilnya, wanita yang menggunakan nama Lisza Laressa itu terpaksa keluar dari masjid dan kebasahan kerana terkena hujan dalam kejadian yang berlaku semalam. Ini nukilan Lisza:

Advertisement

Kejadian : Masjid , Hospital Besar Kuala Lumpur

Memang salah akak, kawasan masjid, kena pakai tudung. Ni pun sebab nak tumpang berteduh sementara nak tunggu hujan stop dan petir kilat reda.

Sementara nak temankan mak makan nasi. Iyalah dari pagi mak akak tak makan apa-apa. Sementara nak tunggu time melawat sebab adik accident dekat wad.

Tiba-tiba, ada seorang hamba Allah, datang terus sound.

“Ni masjid kan? Ni masjid kan? Engkau tu tak pakai tudung, tolong hormat masjid, jadi engkau boleh keluar sekarang!”

Tapi memandangkan mak tengah makan, jadi ingat nak tunggu la mak habis makan,.
Rupa-rupanya dia datang lagi, terus sound kali kedua:

Kan aku dah kata kan? Ni masjid kan? Engkau ni tak hormat masjid ke?!”

Ayah akak terus menyampuk:

“Lepas isteri saya makan ni, kami semua akan keluar. Lagipun, hujan lebat dan petir, saya nak berteduh kejap (dalam video tu, korang pun nampak kan, mak akak pun tak habis makan pun lagi).”

Tengoklah cara anak muda berbahasa dengan orang tua macam mana? Angkat-angkat tangan macam itu?
Kalau nak marah akak, marahlah akak seorang, tapi dengan orang tua pun engkau punyalah tinggi suara. Oo siap cakap:

“Aku polis bantuan sini!”

Oo macam ni rupanya polis bantuan ya? Orang sekeliling situ, leraikan dan suruh kami semua beredar saja dari situ. Orang situ pun cakap balik dekat dia, salah cara engkau ni tegur orang!
Kesian mak abah, orang main herdik-herdik saja. Alahai, besar sangat ke salah akak? Nasiblah akak fikir memang akak yang salah, jadi akak diamkan saja.
Disebabkan hujan lebat, petir kilat, terima kasih atas ihsan orang ramai bagi payung untuk mak abah tadi.
Dan kami bertiga, keluar dalam hujan lebat, akak terpaksa berbasah dalam hujan, sebabnya payung untuk mak dan abah pakai.

Berikut ialah video kejadian yang dikongsi oleh Lisza di akaun Facebooknya.


Perkongsian Lisza mendapat lebih dari 13,000 likes dan dikongsi lebih 10,000 kali.

Kebanyakan Netizen berpendapat polis bantuan tersebut tidak sepatutnya bersikap begitu kerana wanita itu hanya berteduh seketika dari hujan.

Sepatutnya ada sedikit belas ihsan kerana keadaan hujan dan petir mungkin tidak selamat untuk mereka bertiga makan di luar masjid. Apa pendapat anda?-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...