Enggan Dibayangi Kisah Silam, Sophia Liana Terbit Single Terbaru ‘Dulu’ Tanda Ingin Terus ‘Move On’

Hiburan

Enggan Dibayangi Kisah Silam, Sophia Liana Terbit Single Terbaru ‘Dulu’ Tanda Ingin Terus ‘Move On’

Tidak mahu lagi menoleh ke belakang, penyanyi Sophia Liana berkata dia kini enggan lagi membiarkan hidupnya dibayangi kisah silam yang dilaluinya dahulu.

Sophia turut memberitahu bahawa dia dan masyarakat di luar sana haruslah sentiasa berfikiran positif, menghargai insan sekeliling dan terus maju ke hadapan meskipun sering diuji dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Advertisement

Dalam menyampaikan pesanan positif itu kepada masyarakat, Sophia dikhabarkan telah muncul dengan single terbaru berjudul Dulu yang diterbitkan untuk membawa pendengar menyelami kisah peribadinya pada masa dulu.

“Lagu ini diinspirasikan daripada situai pahit yang pernah saya lalui satu ketika dahulu. Ianya bersifat peribadi dalam menceritakan tentang perasaan saya dulu dan sekarang. Apa yang cuba saya sampaikan daalam lagu ini adalah untuk maju terus ke depan, berhenti menoleh ke belakang. To move on is to let go of the past,”

Dalam pada itu, Sophia turut berharap mesej yang tersirat dalam lagu terbarunya itu mampu memberikan impak positif kepada pendengar di luar sana.

View this post on Instagram

Make a sentence using the word “Dulu” ? : @antofproduction #dulu

A post shared by Sophia Liana | DeFAM (@sophialiana) on

Mempertaruhkan sesuatu yang berbeza dalam lagu Dulu tersebut, Sophia menjelaskan lagi bahawa single tersebut  membawa mesej supaya orang ramai mencintai diri sendiri dan mengutamakan sahsia diri dengan melepaskan masa lalu untuk terus bergerak maju ke hadapan.

Dulu yang merupakan lagu terbitan bersama Sophia, Lion Music Group dan Universal Music Malaysia ini sudah boleh didengar menerusi semua platform digital seja jumaat lalu.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...