Enam Bulan Tak Stream Permainan Online, Jue Aziz Menangis Tersedu-Sedan, Kenapa Tu?

Hiburan

Enam Bulan Tak Stream Permainan Online, Jue Aziz Menangis Tersedu-Sedan, Kenapa Tu?

Pelakon Jue Aziz telah mencuri perhatian peminat apabila dia tiba-tiba sahaja menangis tersedu-sedan ketika muncul semula secara ‘live’ setelah sekian menyepi dalam sesi ‘streaming’ permainan atas talian di Facebook, baru-baru ini.

Jelas Jue, dia merasa terharu dengan sokongan dan ingatan yang diberikan peminat serta pengikutnya selama bergelar seorang ‘streamer’ permainan online itu.

Advertisement

Dia turut memohon maaf kepada pengikut dan peminat kerana sudah lama tidak muncul selama hampir enam bulan menyepi.

“Korang jangan risau tau, saya masih ada saya masih Jue Aziz, masih orang yang sama. Terima kasih semua followers, tak sangka ramai yang support. Terima kasih, minta maaf sangat lama tak muncul..” katanya sambil menangis tersedu-sedan.

Jue AzizSumber : Instagram JueZ Gaming  

Bersiaran langsung selama lebih kurang lima jam dalam Facebook khasnya JueZ Gaming, pelakon jelita ini turut mengimbas semula kenangan sepanjang berkecimpung dalam permainan dalam talian itu.

Meninjau ruangan komen Instagram pelakon itu, ramai peminat tampil meluahkan perasaan bimbang apabila melihatkan Jue menangis sedemikian rupa.

 
3 years ago

"Asalkan Ada Mak.." Jue Aziz Tunai Impian Ibu Khatam Al-Quran, Tak Kisah Tiada Jodoh

Sekadar info, Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Binti Abdul Aziz merupakan anak kelahiran Ampang, Selangor dan mula dikenali setelah menyertai sebuah program realiti TV.

Antara filem dan drama lakonannya adalah seperti Hantu Bonceng, Suami Aku Ustaz, Manjalara, Lagenda Budak Setan The Series dan Kasih Dari Langit.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...