Empat Rakyat Malaysia Ini Adalah Inspirasi Terhebat Untuk Kita Berjaya Di Dalam Perniagaan

Hiburan

Empat Rakyat Malaysia Ini Adalah Inspirasi Terhebat Untuk Kita Berjaya Di Dalam Perniagaan

Perniagaan atau bisnes bukanlah satu perkara yang mudah. Ramai menceburkan diri di dalam bidang ini tetapi kecundang di tengah jalan. Namun ada jua yang benar-benar berjaya hingga bergelar jutawan, gah berdiri di dalam empayar perniagaan mereka dan dikenali di pelusuk dunia. Sebenarnya kita tidak perlu melihat jauh ke luar negara untuk mencari usahawan sebegini. Di Malaysia juga cukup ramai individu yang mampu memberikan kita inspirasi, semangat dan contoh untuk berjaya seperti mereka di dalam bidang perniagaan. Antaranya ialah:-

1. Vivy Yusof – pengasas FashionValet

Advertisement

1

Sekiranya anda seorang fashionista, pastinya anda pernah melawat laman web FashionValet yang diasaskan oleh Vivy Yusof ini. Bermula sebagai seorang blogger, kini Vivy Yusof mempunyai lebih daripada 400 jenama yang menjual produk mereka di laman webnya. Malah tudung dUCk ciptaannya juga menjadi fenomena dan seringkali ‘sold out’ setiap kali koleksi baru dilancarkan. Kini Vivy turut sama membuka kedai fizikal FashionValet di kompleks membeli-belah seperti Publika, Pavillion dan Bangsar Shopping Centre untuk memudahkan produknya dibeli oleh orang ramai.

2. Siti Sarah Binti Shah Nor & Ashrul Rizal bin Sulaiman– pengasas Modvier2

Pasangan suami isteri dengan 2 orang cahaya mata ini adalah pengasas kepada Modvier, butik yang menawarkan fesyen Muslimah untuk wanita beragama Islam. Butik ini memang popular serata Malaysia, lebih-lebih ketika musim perayaan. Visi pengasas Modvier ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menjadi pusat fesyen pelbagai jenama terkemuka di Malaysia. Mereka berdua adalah gabungan mantap yang kini semakin meningkat naik di kalangan peminat busana sopan Muslimah. Terbaik!!!

3. Nadhir Ashafiq – pengasas servis The Lorry

3

Bermula dengan satu idea yang simple untuk menyelesaikan masalah mencari servis lori yang boleh dipercayai ketika berpindah rumah, kini TheLorry yang diasaskan oleh Nadhir Ashafiq telah bernilai puluhan juta ringgit. Kehebatan Nadhir Ashafiq terbukti apabila dirinya disenaraikan di dalam Malaysia Under 30 Forbes List pada tahun 2017. Kini TheLorry turut beroperasi di Singapura, Indonesia, Thailand dan di dalam perancangan untuk mengembangkan sayap mereka ke Vietnam serta Filipina.

4. Christy Ng– pengasas jenama kasut Christy Ng

4

Dilabel sebagai “the next Jimmy Choo”, Christy Ng telah mula menjual kasut secara ‘online’ menerusi laman web sejak tahun 2010. Kasut-kasut yang dijual adalah hasil rekaannya sendiri termasuk kasut perkahwinan, kasut tumit tinggi, wedges dan banyak lagi. Kini kasut ciptaan Christy Ng telah dipakai oleh wanita seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat dan juga United Kingdom.

Adakah anda terinspirasi untuk terjun ke bidang perniagaan selepas membaca kisah-kisah kejayaan empat rakyat Malaysia ini? Namun adalah lebih baik untuk kita melengkapkan diri dengan selok-belok perniagaan sebelum menceburi ke dunia yang penuh ranjau, dugaan dan cabaran ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan adalah sesuatu aspek yang amat dititikberatkan oleh anda semua. Dengan Taylor’s Business School di Taylor’s University, anda berpeluang meningkatkan ilmu pengetahuan menerusi program Ijazah Sarjana Muda Perniagaan yang komprehensif dan praktikal. Baru la dapat best of both worlds, tak gitu?

5

Bersesuaian dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, salah satu bidang pengkhususan yang disediakan di Taylor’s Business School ialah “Entrepreneurship”. Sekiranya anda ingin mengikuti jejak langkah mereka dan menjadi the next Vivy Yusof, Neelofa, Christy Ng dan Nadhir Ashafiq, sudah tentu meningkatkan ilmu “Entrepreneurship” di Taylor’s Business School adalah satu pilihan yang tepat.

6

selain Entrepreneurship, ada 6 lagi pengkhususan yang ditawarkan di Taylor’s Business School

Senang cakap, anda boleh memilih mana-mana pengkhususan yang anda minati di samping mempelajari pelbagai subjek elektif yang bersesuaian dengan dunia perniagaan sekarang. Semuanya mengikut kehendak dan kemahuan anda. Apa yang pasti sebaik sahaja anda mengenggam segulung ijazah selepas tamat belajar di Taylor’s Business School, anda pasti bersiap sedia 100% untuk menceburi dunia perniagaan sebenar. Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Taylors University. Selamat maju jaya dalam bidang perniagaan!!!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...