Sebagai seorang pesakit kanser Limfoma tahap empat, penyanyi Elyana menghadapi pelbagai cabaran untuk terus kekal sihat, tetapi bukan itu sahaja yang menguji dirinya. Ada satu lagi kisah duka dimana Elyana mendedahkan beliau terpaksa menggugurkan kandugannya yang berusia dua bulan baru-baru ini.
Meskipun sudah lama menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata lagi, Elyana terpaksa menggugurkan kandugannya itu kerana tidak mahu penyakit yang beliau hidapi memberi kesan kepada bayinya nanti.
Sudah bertahun-tahun lamanya saya mengimpikan kehadiran anak kecil. Sebelum ini, terlalu sukar untuk saya hamil. Bagaimanapun, saya harus membuat keputusan yang besar dalam hidup selepas disahkan hamil.
Hati saya terlalu berat mahu menggugurkan kandungan, tetapi jika saya meneruskannya, ia memberi kesan pada bayi nanti. Bimbang ubat saya ambil boleh memberikan kesan pada bayi. Saya takut anak yang dilahirkan tidak cukup sifat.
Sebenarnya Elyana tidak sedar dirinya sedang berbadan dua sehinggalah tahap kesihatannya merosot dan beliau mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor sebelum disahkan hamil.
Kami harap Elyana akan kekal tabah menghadapi dugaan ini. Percayalah setiap perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik dan jangan pernah berputus asa.