Gambar-gambar pelakon Elvina Mohamad, 22, dan rakan-rakannya menyambut tahun baru di Langkawi telah tersebar beberapa hari lepas. Dalam koleksi gambar itu, Elvina telah bepakaian jarang menampakkkan pakaian dalam serta berseluar pendek. Gambar itu tersebar menyebabkan dia dikritik Netizen.
Melalui Utusan Online, Elvina memohon maaf jika menyinggung perasaan mana-mana pihak melalui cara dia berpakaian dalam gambar-gambar tersebut.
Saya minta maaf jika ada pihak tidak senang dengan gambar tersebut. Apa pun gambar tersebut dimuat naik dalam laman sosial peribadi saya untuk tatapan keluarga dan rakan-rakan sahaja.
Sekali lagi saya memohon maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini. Sebagai manusia biasa dan orang yang baharu dalam industri, saya akui masih keliru dan terlupa akan tanggungjawab saya kepada masyarakat.
Menurut Elvina atau nama sebenarnya, Norzalina Mohamad, dia hanya menyambut tahun baru, tidak mengambil bahan terlarang mahupun membuat perkara dilarang. Dia juga mengakui merasa hairan bagaimana gambar itu boleh tersebar kerana ia dimuat naik ke akaun peribadi yang hanya boleh diakses keluarga dan rakan-rakannya sahaja.
Saya bukan buat apa-apa yang terlarang, kami hanya menyambut tahun baharu sahaja. Saya tidak ambil bukan-bukan atau buat perkara bukan-bukan di sana.
Elvina sebelum ini pernah berlakon dalam drama Shh I Love You, Isteri Untuk Diiktiraf dan Safiyya.
TInjauan penulis mendapati Instagram Elvina berada dalam mod privasi dan mempunyai 310,000 orang pengikut. – beautifulnara.com