Elly Mazlein Terus Pejuang Hak Anaknya, Tuntut Nafkah Tertunggak Daripada Bekas Suami

Hiburan

Elly Mazlein Terus Pejuang Hak Anaknya, Tuntut Nafkah Tertunggak Daripada Bekas Suami

Sering memuat naik status serta hashtag berbaur sindiran terhadap bekas suaminya, Azmi Hatta, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein memberitahu beliau sedikit pun tidak hirau dengan masyarakat yang mengkritik tindakannya itu.

Advertisement

Biarlah dianggap tidak matang sekalipun, Elly tetap tidak akan berhenti menuntut nafkah tertunggak daripada bekas suaminya itu demi masa depan anak perempuan tercinta, Putri Sara Sefhia. Tambah Elly, Azmi bukan sahaja culas dengan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa tetapi sudah lama tidak menjenguk anak mereka.

Saya tidak pernah menghalang mereka berjumpa. Bagi saya, anak itu pembawa rezeki. Jika kita melaksanakan amanah Tuhan dengan baik, saya percaya pintu rezeki akan terbuka lebih luas. Itu yang cuba saya pertahankan.

Terdahulu,  Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah supaya Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober tahun lalu. Azmi dan Elly sah bercerai pada 15 Oktober 2015. Kemudian pengarah itu mendirikan rumah tangga bersama pelakon Faye Kusairi pada 9 April 2017.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...