Menjadi seorang wanita pada zaman sekarang, perlu yakin dan kuat. Pelbagai rintangan perlu dihadapi sekarang dimana wanita perlu menjadi lebih kuat, lebih berdikari dan lebih sabar.
Elfira Loy, artis bertudung yang kini tampil lebih bergaya dengan koleksi sendiri dengan kerjasama Watsons iaitu Koleksi #OOTVDiva by El. Memakai hijab tidak menjadikan alasan untuk tampil lebih yakin bagi Elfira.
Kerjasama antara Elfira dan Watsons adalah untuk menggalakkan wanita lebih berani dan tegas.
Bagi pengikut Elfira Loy, kini anda boleh dapatkan Koleksi #OOTDiva by El di Watsons. Buat masa sekarang, sebanyak lapan (8) koleksi #OOTDiva by El berada di Watsons.
Antaranya beg tangan, shawl, alatan solek, dan lain-lain. Koleksi #OOTDiva eksklusif hanya untuk Ahli Watsons sahaja. Jadi kalau nak miliki #OOTDiva by El, kena pastikan anda mendaftar sebagai Ahli Watsons.
Macam Mana Nak Dapatkan Koleksi #OOTDiva by EL Ni?
1. Belanja RM20 di Watsons untuk dapatkan 1 pelekat.
2. Dengan minimum 2 pelekat + pembelian minima RM19.90, ahli Watsons boleh menebus #OOTDiva berus make up!
Kempen ini bermula 24 April sehingga 25 Jun 2018 untuk Semenanjung dan 2 Mei sehingga 2 Julai 2018 untuk Sabah & Sarawak. Sementara stok masih ada!
Jadi, jangan ketinggalan untuk ambil aura hebat Elfira dengan mendapatkan Koleksi #OOTDiva by El di Watsons sekarang. Tampil lebih bergaya, berani dan lebih menonjol dengan #OOTDiva by El.
Selain itu, kami di Beautifulanra ingin menjemput anda semua berjumpa Elfira Loy di acara Meet & Greet Elfira Loy di Ikano Power Centre pada 29 April 2018 bermula dari jam 2 hingga 4 petang
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.watsons.com.my/ootdiva