Elfira Loy Selamat Langsungkan Pertunangan Dengan Sufian Suhaimi

Hiburan

Elfira Loy Selamat Langsungkan Pertunangan Dengan Sufian Suhaimi

Sebentar tadi, pelakon dan model Elfira Loy, 23, selamat melangsungkan pertunangan dengan penyanyi Sufian Suhaimi, 25.

Advertisement

Majlis pertunangan pasangan selebriti popular itu akan diadakan di kediaman keluarga Elfira, di Ampang. Mereka yang mula rapat sejak Mac lalu, mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dan berkahwin dalam usia yang muda.

Elfira melalui akaun Instagramnya awal pagi tadi berdoa agar majlis pertunangan itu berjalan lancar dan menyatakan dia rasa berdebar menantikan saat itu di Twitter dua hari lepas.

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Sebelum ini, ahli keluarga Sufian telah merisik Elfira pada Jun lalu. Bersama kita doakan tidak ada aral melintang sehingga mereka berdua melangsungkan perkahwinan.

Sebelum ini, Elfira pernah dikaitkan dengan beberapa orang pelakon lelaki antaranya Baim Wong, namun Elfira mengatakan mereka hanya berkawan baik. Sufian juga telah putus cinta dengan bekas kekasih yang menjalinkan hubungan selama beberapa tahun dengannya sebelum bercinta dengan Elfira. – beautifulnara.com

Sumber gambar: Hot FM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...