Elfira Loy Pertahankan Pendirian Hantar Anak 2 Tahun Ke Sekolah

Hiburan

Elfira Loy Pertahankan Pendirian Hantar Anak 2 Tahun Ke Sekolah

Tampil mempertahankan tindakan dirinya menghantar anak sulung, Muhamad Rayyan Khalaf yang baru berusia 2 tahun ke sekolah, pelakon Elfira Loy menegaskan yang semua itu terpulang kepada kehendak masing-masing sebagai ibu bapa.

Elfira Loy
2 years ago

Tak Risau Hamil Sewaktu Pandemik, Elfira Loy Syukur Ramai Dah Lengkap Vaksin

Advertisement

Elfira memberitahu yang terdapat manfaat tersendiri jika menghantar anak-anak kecil ke sekolah pada usia kecil menurut beberapa kajian yang pernah dijalankan.

Menghantar anak-anak kecil ke taman asuhan atau playschool akan membantu mereka untuk membangunkan kemahiran ‘motor’ (aktiviti yang melibatkan pergerakan otot dalam badan).

Perkara tersebut dikongsikan Elfira menerusi sebuah entri dalam Instastory di laman Instagram untuk tatapan peminat serta pengikutnya.

Dalam perkongsian tersebut, Elfira turut mengatakan bahawa jika mereka yang mempunyai peranan sebagai ibu bapa belum bersedia untuk menghantar anak kecil ke taman asuhan, itu adalah terpulang kepada mereka.

Elfira Loy

Tambah Elfira, tidak menjadi masalah jika mereka tidak ingin melakukan sebegitu kerana mereka boleh sentiasa melakukan aktiviti bersama anak-anak di rumah jika mempunyai masa terluang.

Elfira sempat juga memberitahu yang dia berasa sedikit terganggu apabila ada pihak yang mempersoalkan tindakan dirinya menghantar anak ke taman asuhan atau sekolah ketika masih berstatus kanak-kanak kecil.

Sekadar info, Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata pertama lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...