Elakkan! Ini 6 Ciri Wanita Yang Tak Sesuai Dikahwini Kaum Lelaki

Kehidupan

Elakkan! Ini 6 Ciri Wanita Yang Tak Sesuai Dikahwini Kaum Lelaki

Baru-baru ini, pendakwah terkenal iaitu ustazah Asma Harun ada memuat naik sebuah hantaran di Instagramnya mengenai ciri-ciri wanita yang tidak sesuai untuk dikahwini oleh kaum lelaki.

Menurut ustazah Asma, dia meminta agar kaum lelaki memilih calon isteri baik-baik agar tidak menyesal di kemudian hari.

Advertisement

Di dalam perkongsiaannya itu, terdapat enam jenis sikap wanita yang sebaik-baiknya dihindari serta di elakkan oleh kaum adam untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.

1. Annanah – Wanita yang selalu mengeluh dan mengadu masalah yang di hadapi secara berlebihan.

ciri-ciri wanita yang perlu dikahwini

2. Mannanah – Wanita yang perangainya suka mengungkit jasa baik pernah dilakukan oleh mereka terhadap orang lain.

ciri-ciri wanita yang perlu dikahwini

3. Hannanah – Wanita yang suka menceritakan kelebihan lelaki lain di hadapan suami sendiri.

ciri-ciri wanita yang perlu dikahwini

4. Haddaqah – Wanita yang boros berbelanja tanpa mengambil kira mana satu kehendak dan keperluan.

ciri-ciri wanita yang perlu dikahwini

5. Barraqah – Wanita suka menghiaskan dirinya secara berlebihan di khalayak umum.

ciri-ciri wanita yang perlu dikahwini

6. Syaddaqah – Wanita yang berlebihan apabila berucap.

ciri-ciri wanita yang perlu dikahwini

Di akhir perkongsiaan hantaran terbabit, ustazah Asma turut berharap agar apa yang dikongsikan ini dapat membuka peluang kepada kaum hawa bermuhasabah diri agar dapat menjadi isteri yang menyenangkan hati sang suami serta ibu yang baik kepada anak-anak di masa akan datang.

Neelofa komen isu Puteri Sarah
2 bulan lalu

"Banyak Kita Borak Hal Ni.." - Neelofa Akui Dah Lama Tahu Isu Orang Ketiga, Teruk Puteri Sarah 'Dibuli'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    July 2, 2022 at 9:23 pm

    Info yg sangat berguna.

  2. Jari telunjuk

    July 2, 2022 at 2:15 pm

    Tambah lagi satu ustazah,

    Wanita yang main sihir kat belakang suami.. guna ilmu guna-guna utk dapatkan lelaki dan Semoga laki setia

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...