“Elak Sentuh Wanita, Bukan Tak Sentuh Langsung”, Fikry Ibrahim Perjelas Kenyataannya Sebelum Ini

Hiburan

“Elak Sentuh Wanita, Bukan Tak Sentuh Langsung”, Fikry Ibrahim Perjelas Kenyataannya Sebelum Ini

Setelah dikritik teruk oleh netizen apabila babaknya berpegangan tangan dengan netizen di dalam drama Kau Yang Pertama ditayangkan, Fikry Ibrahim tampil memberi penjelasan tentang kenyataannya sebelum ini yang enggan menyentuh wanita di dalam drama lakonannya. Menurut Fikry, apa yang dikatakannya sebelum ini telah disalaherti sehingga menyebabkan ibu bapanya turut sama terlibat di dalam kekecohan ini.

fikry ibrahim

Advertisement

Menurut Fikry, dia berjanji akan cuba mengelak daripada bersentuhan dengan pelakon wanita, bukannya TIDAK menyentuh langsung. Terang Fikry:-

Sebenarnya, kenyataan saya sebelum ini telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Saya hanya katakan saya akan cuba elak menyentuh pelakon wanita ketika penggambaran, ia tidak bererti saya tak akan menyentuh langsung. Namun begitu, saya terima segala pendapat dan teguran orang ramai dengan hati yang terbuka, dapat juga dijadikan iktibar buat saya di masa akan datang

fikry ibrahim

Tidak dinafikan agak sukar untuk melakonkan watak romantik tanpa aksi bersentuhan, namun ia bukanlah satu perkara mustahil. Ramai pelakon lelaki yang telah berjaya melakukannya. Senang cakap, kalau kita betul-betul nak menjaga bab ini, ia boleh dilakukan dengan kerjasama daripada semua pihak. Yang penting sama ada kita mahu atau tidak sahaja. Semoga selepas ini Fikry Ibrahim akan cuba untuk memenuhi janjinya. Sama-sama kita nantikan. Sumber Gempak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...