June 16th, 2020

Mendedahkan dirinya masih ternanti-nanti tawaran berlakon daripada pihak produksi perfileman mahupun drama tempatan, pelakon Adam Corrie yang sebelum ini terkenal dengan lakonan watak ganas seperti gangster dan penjenayah itu kini dikhabarkan telah hampir sembilan bulan belum menerima sebarang tawaran untuk beraksi di hadapan kamera.

adam corrie tiada job

Menurutnya ujian ini bertambah berat apabia wabak pandemik COVID-19 mula tular di seluruh negara. Malah perkara itu juga bagai memberi kesan kepada sumber pendapatannya yang bergantung kepada industri hiburan sebagai pelakon dan anak seni.

“Sudah sembilan bulan saya tiada ‘job’. Hanya disebabkan saya mengelak adegan bersentuhan dengan pelakon perempuan, banyak produksi tidak mahu panggil saya berlakon lagi.”

Namun demikian, kejadian itu seakan disedari Adam apabila beliau meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan dengan kaum hawa menjadi salah satu punca utam dirinya kini seakan dipulau oleh pekerja seni lain sehingga menyebabkan dirinya terlantar menganggur menunggu kerja.

adam corrie tiada job

Tambahnya lagi, perniagaan yang diusahakannya juga agak tekesan dan kurang memberangsangkan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Malah, terdapat kira-kira 2,500 stok pakaian juga masih belum terjual.

“Mereka beritahu saya banyak ‘bunyi’, baik panggil sahaja pelakon yang boleh bersentuhan.”

adam corrie tiada job

Bagaimanapun Adam berkata, belum kini tetap tabah menghadapi segala ujian yang melanda malah akan terus kuat mengharungi segala dugaan yang menimpa dirinya.

Adam yang popular dengan filem KL Gangster itu menyatakan diirnya akan kekal istiqamah. Bahkan beliau juga turut bersyukur dikurniakan rezeki dari segi kesihatan yang terus terpelihara meskipun tiada tawaran yang  diterimanya semenjak syarat tersebut ditetapkan.

Sumber: BH Online


5 responses to “Elak Berlakon Adegan Bersentuhan, Adam Corrie Akui Tiada “Job” Hampir 9 Bulan”

  1. Rossa says:

    Rezeki itu dtg dr Allah, adalah dia nak bg yg lebih baik tu..

  2. komarad says:

    kena join Tok Adi kat Tanah Kubur

  3. Anonymous says:

    Filem drama Malaysia, idea & kreativiti xde.
    Kena ranjang2 baru kontroversi sampai rating tinggi.

    • minah jambu say STAY AT HOME !! says:

      kalau tk boleh bersentuhan jangan jadi pelakon la dudok rumah jaga anak bini je atau pon buat drama sendiri ..

    • Amor says:

      Bgs abg adam…semoga dipermudahkan segala urusan..amin..

Leave a Reply to komarad Cancel reply

Loading...